Nuffnang Ads

Friday, April 3, 2015

Lamaaaaanya

Mak aih.. Dah lama betul aku x update blog ni. Sampai dh terlupa segala2nya. Hahhaa. Anyway aku sgt sibuk sebenarnya. Sepanjang aku x update blog ni banyak yg terjadi dalam Timeline hidup aku. Dari aku single kepada berdua dan sekarang single balik. Apa2 pun aku redha dengan apa yg terjadi. Yang penting kena teruskan hidup juga kan. Aku akan cuba untuk update balik okai..

AD

Saturday, August 27, 2011

Sesak.....




Sesekali aku terpikir gak yang ramai sangat ke orang Kelantan yang dok di perantauan.

Sebab apa aku terpikir mcm tu? Setiap kali menjelang ari raya je mesti jalan menuju ke Kelantan akan menjadi begitu sesak terutamanya jalan Kuala Krai.

Semalam nak g pekan Kuala Krai je ambik masa 40 minit sedangkan kebiasaannya hanya 5 minit jer.

Ari plak aku nk balik KB aku x tahu la sampai kul baper lak. Silap2 berbuka dalam kete la.. hahaha.

Yeay yeay dah nak raya....


Lama nya aku x update blog aku ni. Maklum la sibuk bekerja la katakan. Sibuk ke? hahaha..

Apa2 pun hari ni dah masuk 27 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Korang cukup x puasa?
Tinggal lebih kurang 2 hari lagi sebelum menjelangnya Eidulfitri.. eh dah nk raya rupanya.. yeay yeay dah nak raya..

Yang bestnya Eidulfitri tahun ni aku dapat beraya kt rumah (sepatutnya keje gak tahun ni time raya). Tahun lepas aku nun jauh di seberang laut (konon)..

Dan insyaallah tahun2 ke hadapan pun aku akan beraya di kampung jugak sbb aku dah dapat peluang keje di kampung halaman.

Di kesempatan ni aku nk ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua kenalan terutamanya 3 adik tersayang aku. Wan Ahmad Faris, Mohd Fakhrul Anwar & Mohd Badrul Hisyam.

Thursday, May 12, 2011

Jerebu


Urmmm... hari ni dah masuk hari ke berapa ntah paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung meningkat sehingga ada yang melebihi angka 100. Hal ini dikatakan terjadi akibat kebakaran yang berlaku di pulau Sumatera di Indonesia. Tapi hari ini ada beberapa tempat yang telah mengalami penurunan contohnya di Nilai dan mungkin disebabkan di Nilai hujan, aku pun kurang pasti la. Tidak kurang juga la yang mengalami peningkatan seperti di Banting. Banting memang dah agak lama la tidak hujan.

Kejadian kebakaran yang berlaku di pulau Sumatera sentiasa terjadi dan mungkin disebabkan angin yang kuat telah membawa asap yang banyak ke ruang udara Malaysia terutamanya di kawasan pantai barat semenanjung. Kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh cuaca yang sangat panas dan mengakibatkan hutan-hutan menjadi kering dan seterusnya terbakar. Apakah yang dapat kita lakukan untuk mengelakkan kejadian seperti ini dari berlaku?

Di samping itu, pihak yang berkenaan juga telah mengeluarkan nasihat agar orang ramai tidak terlalu melakukan aktiviti luar dan dinasihatkan agar meminum air yang banyak. Hal ini adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah kesihatan yang teruk di kalangan penduduk di kawasan yang terlibat. Kita mestilah tidak memandang enteng nasihat-nasihat yang dikeluarkan kerana jika terjadi masalah kesihatan, siapa yang susah kalau bukan diri kita sendiri.

Tuesday, May 10, 2011

El Nino?


Semalam memang keadaan sangat panas sampai housemate aku pun merungut kenapa panas sangat. Sampai dah tak berbaju dah sebab berpeluh-peluh. Aku sendiri pun tak tahu kenapa sampai la aku terdengar di TV tadi yang sekarang ni fenomena El Nino sedang berlaku. Apa tu El Nino?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 hingga 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya.

Selepas pembacaan baru la aku faham apa itu El Nino. Aku juga terdengar bahawa fenomena ini tidak akan berulang dalam masa terdekat ni. Tapi bila difikirkan dari segi agama kan, macam mana la panas di neraka nanti? Wallahualam...



Monday, May 9, 2011

Harga Gula Naik 20 Sen?


Haaa.. ni la yang aku suka sangat ni. Bagi aku kenaikan harga gula sebanyak 20 sen untuk penyelarasan harga kepada RM2.30 sekilogram mulai 10 Mei 2011 xde la membebankan

sangat sebab hal ni mungkin kerana aku ni tak de la suka sangat minuman atau makanan yang manis. Walaupun aku ni anak kelahiran Kelantan yang mana orang cakap masyarakat di Kelantan suka makanan yang manis manis, tetapi tidak pada aku. Aku rasa dengan kenaikan harga gula ni, mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan kadar peningkatan pesakit kencing manis di Malaysia. Tapi itu pada pandangan aku la. Mungkin pendapat orang lain berbeza. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang dah terbiasa sangat dengan penggunaan gula yang banyak dalam kehidupan seharian mereka.

Tidak dinafikan juga la yang keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada golongan peniaga terutamanya peniaga minuman dan makanan. Mereka memang akan menaikkan harga produk jualan mereka, bak kata meraka 'kami naikkan harga untuk buat penyelarasan harga dengan harga gula'. Tapi kalau nak diikutkan, kerajaan dah menanggung sejumlah yang besar untuk subsidi gula. Selama ni kita terlalu bergantung dengan subsidi dari kerajaan. Semua benda nak subsidi dari kerajaan tapi bila kerajaan naikkan harga sikit dah kecoh. Cuba korang fikir, negara kita ni dah cukup bertuah sebab ada subsidi dari kerajaan. Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain, memang Malaysia ni cukup beruntung.

Memang la kita bayar cukai kepada kerajaan tapi kalau xde cukai macam mana negara nak maju. Itu semua pun bukan untuk orang lain, untuk negara kita juga. Untuk kesenangan kita bersama juga. Aku cukup tak suka bila ada segolongan insan yang hanya tahu bercakap tapi itu semua untuk membangkitkan kemarahan orang lain. Kita sepatutnya sama-sama berfikir macam mana lagi nak majukan negara bukannya hanya pandai melaungkan kata-kata tidak puas hati tetapi sebenarnya tidak tahu langsung cara untuk mentadbir negara. Jadi bagi urusan pentadbiran negara dan hal-hal ekonomi negara biarlah orang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Mereka yang lebih arif dalam tugas masing-masing.

Tapi yang penting bagi aku, aku harap dengan kenaikan harga gula ni akan memberikan impak kepada masyarakat dari aspek kesihatan. Hal ini adalah kerana aku jadi sayu dan sedih melihat baru umur 20 lebih dah kena kencing manis. Pastu pula ada yang luka pada kaki susah nak sembuh kemudian melarat sehingga boleh menyebabkan kaki mereka kene potong. Bila dah hilang kaki baru la menyesal. Tapi aku tak salahkan mereka sebab mungkin mereka kurang pendedahan tentang penyakit-penyakit ni. Walaupun begitu, aku mengharapkan daftar pesakit kencing manis akan menurun. Aku rasa setakat ini sahaja la.

Adios.