Nuffnang Ads

Thursday, May 12, 2011

Jerebu


Urmmm... hari ni dah masuk hari ke berapa ntah paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung meningkat sehingga ada yang melebihi angka 100. Hal ini dikatakan terjadi akibat kebakaran yang berlaku di pulau Sumatera di Indonesia. Tapi hari ini ada beberapa tempat yang telah mengalami penurunan contohnya di Nilai dan mungkin disebabkan di Nilai hujan, aku pun kurang pasti la. Tidak kurang juga la yang mengalami peningkatan seperti di Banting. Banting memang dah agak lama la tidak hujan.

Kejadian kebakaran yang berlaku di pulau Sumatera sentiasa terjadi dan mungkin disebabkan angin yang kuat telah membawa asap yang banyak ke ruang udara Malaysia terutamanya di kawasan pantai barat semenanjung. Kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh cuaca yang sangat panas dan mengakibatkan hutan-hutan menjadi kering dan seterusnya terbakar. Apakah yang dapat kita lakukan untuk mengelakkan kejadian seperti ini dari berlaku?

Di samping itu, pihak yang berkenaan juga telah mengeluarkan nasihat agar orang ramai tidak terlalu melakukan aktiviti luar dan dinasihatkan agar meminum air yang banyak. Hal ini adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah kesihatan yang teruk di kalangan penduduk di kawasan yang terlibat. Kita mestilah tidak memandang enteng nasihat-nasihat yang dikeluarkan kerana jika terjadi masalah kesihatan, siapa yang susah kalau bukan diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment