Nuffnang Ads

Tuesday, May 10, 2011

El Nino?


Semalam memang keadaan sangat panas sampai housemate aku pun merungut kenapa panas sangat. Sampai dah tak berbaju dah sebab berpeluh-peluh. Aku sendiri pun tak tahu kenapa sampai la aku terdengar di TV tadi yang sekarang ni fenomena El Nino sedang berlaku. Apa tu El Nino?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 hingga 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya.

Selepas pembacaan baru la aku faham apa itu El Nino. Aku juga terdengar bahawa fenomena ini tidak akan berulang dalam masa terdekat ni. Tapi bila difikirkan dari segi agama kan, macam mana la panas di neraka nanti? Wallahualam...



No comments:

Post a Comment